"Kenapa tekan minyak kuat sangat"

Thursday, March 15, 2018

"Kenapa tekan minyak kuat sangat"

"Kenapa tekan minyak kuat sangat"

IPOH - ‘Kenapa tekan minyak kuat-kuat, saya bawa lori takde keluar asap hitam sebab tidak tekan minyak kuat-kuat,” marah seorang pemandu lori kepada pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam Op Bersepadu di KM36 Jalan Ipohâ€"Kuala Lumpur di sini, semalam.

Lelaki berusia 40-an itu antara 67 pemandu yang diperiksa dalam operasi yang turut disertai 20 pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tapah.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, lelaki itu akhirnya menerima dua saman selepas pemeriksaan mendapati pelepasan asap hitam melebihi had yang dibenarkan.

“Menjadi prosedur operasi standard (SOP) JAS untuk periksa kadar pelesapan asap hitam pada kenderaan berat. Bagaimanapun, marahnya sekejap dan keadaan terkawal.

“Sejumlah 26 saman dan empat notis dikeluarkan terhadap pemandu hasil pemeriksaan 60 kenderaan dalam operasi yang berlangsung hampir dua jam bermula jam 10 pagi tadi,” katanya.

Menurutnya, lesen tamat tempoh adalah pecahan kesalahan tertinggi yang dikesan selain kesalahan tali pinggang, nombor pendaftaran, penggunaan telefon bimbit dan lampu brek.

“67 individu diperiksa dalam operasi itu. Bagaimanapun, tiada penyerahan waran tangkap dan tangkapan dilakukan,” katanya.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment