Setiu daerah pertanian
SETIU adalah daerah yang terletak di pantai timur semenanjung Malaysia dan berada di bahagian utara negeri Terengganu.
Ia bersempadan dengan daerah Besut di utara, Hulu Terengganu di sebelah barat dan selatan, manakala sempadan di sebelah tenggara adalah daerah baharu di Terengganu iaitu Kuala Nerus.
Bagaimanapun, Setiu masih lagi bersempadan dengan kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT), Kuala Nerus.
Dengan keluasan 130,436.3 hektar, Setiu mempunyai jumlah penduduk kira-kira 63,500 yang tinggal di tujuh mukim.
Parlimen Setiu terdapat empat Dun di bawahnya iaitu Dun Jabi (N05), Permaisuri (N06), Langkap (N07) dan Batu Rakit (N08).
Dari segi pentadbiran pula, Dun Jabi terletak di bawah Majlis Daerah Besut manakala Dun Batu Rakit, Daerah Kuala Nerus.
Cukup dikenali sebagai sebuah daerah pertanian terutama tanaman nanas dan juga popular dengan pesisir pantai yang semakin meningkat naik dari segi pelancongan pada masa kini.
Dengan adanya Tanah Bencah Setiu, di mana sebahagian daripada ekosistem Lembangan Sungai Setiu dan juga sistem yang lebih besar gabungan lembangan tanah lembap kompleks Setiu-Chalok-Bari-Merang terletak di timur daerah Setiu, daerah itu menjadi lebih maju.
Di Malaysia sekali pun, hanya tanah lembap di daerah Setiu mempunyai sembilan ekosistem yang saling berhubungan iaitu laut, pantai, lumpur, lagun, muara, sungai, pulau, hutan di sepanjang pantai dan paya bakau.
Itulah keunikan alam semulajadi yang ada di Setiu untuk diteroka.
Pembangunan yang dirancang dan sedang berjalan di Setiu itu, sudah pasti memberi impak yang lebih tinggi pada masa akan kepada seluruh warga Setiu.
#prusinar #aparakyatmahu
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment