Sanggup tanam kereta elak ditahan
SHAANXI - CHINA. Gara-gara mahu mengelak daripada ditahan polis akibat kes langgar lari, seorang lelaki sanggup menanam keretanya.
Lelaki itu dikatakan melarikan diri setelah melanggar seorang pejalan kaki dan dua orang penunggang basikal elektrik di kawasan pedalaman Dali, lapor portal berita Cnwest.com.
Panik dan ketakutan, lelaki itu menanam keretanya di dalam sebuah lubang besar yang digali di belakang rumah.
Dia turut membuang peralatan yang digunakan untuk menggali lubang tersebut ke sungai berhampiran.
Sementara itu, pihak polis meneliti kamera keselamatan dan meminta bantuan pihak berkuasa tempatan untuk menjejak lelaki tersebut.
Akhirnya lelaki itu menyerah diri kepada pihak polis setelah dipujuk bapanya.
Kes itu kini masih disiasat. - SCMP
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment