RM1 juta naik taraf mini stadium

Wednesday, March 21, 2018

RM1 juta naik taraf mini stadium

RM1 juta naik taraf mini stadium

TELUK INTAN - Kerja-kerja menaik taraf Mini Stadium Seri Kandi fasa kedua sudah dimulakan dan dijangka siap November tahun ini dengan kos sebanyak RM1 juta.

Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, projek menaik taraf mini stadium ini melibatkan pembinaan sebuah astaka yang akan dilengkapi dengan kemudahan tandas serta bilik persalinan.

รข€œMini Stadium ini bukan sahaja merupakan lokasi tumpuan pelajar selepas tamat sesi persekolahan malah ia juga turut dibuka untuk kegunaan orang awam.

"Jadi pembinaan sebuah astaka dilengkapi dengan kemudahan bilik persalinan serta tandas adalah penting untuk para pengguna apabila mereka melakukan aktiviti di mini stadium tersebut," katanya selepas meninjau kerja-kerja naik taraf fasa kedua stadium berkenaan, baru-baru ini.

Menurut Siew Keong, fasa pertama pembinaan Mini Stadium Seri Kandi tersebut melibatkan pembinaan trek larian mengikut piawaian antarabangsa serta kemudahan olahraga.

"Pembinaannya siap pada November 2015 diikuti majlis penyerahan pada Mei 2016 dan menjadikan Parlimen Teluk Intan bukan sahaja dilengkapi dengan mini stadium, malah juga 20 gelanggang futsal, gelanggang badminton dan Gym 1Malaysia.

"Saya berharap dengan penambahbaikan fasiliti ini, banyak lagi pihak akan memanfaatkan kemudahan yang tersedia untuk beriadah dan bersukan," katanya.

Siew Keong juga turut menyeru warga Teluk Intan menyahut cabaran dan mencapai misi Kementerian Kesihatan dalam pembentukan komuniti sihat dengan adanya mini stadium tersebut.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment