Lelaki didakwa samun berkumpulan guna kuku besi

Thursday, March 22, 2018

Lelaki didakwa samun berkumpulan guna kuku besi

Lelaki didakwa samun berkumpulan guna kuku besi

AYER KEROH: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan samun berkumpulan bersenjatakan kuku besi pada Januari lalu.

Tertuduh, Umar Mokhtar Mohamed, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama melakukan samun berkumpulan bersenjatakan kuku besi sepanjang 30 sentimeter, dengan mengambil sembilan telefon bimbit pelbagai jenis, sebuah komputer riba dan seutas jam tangan jenama Casio.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Jalan Selandar-Pondok Kempas, Jasin, kira-kira jam 4.50 pagi 26 Januari lalu.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Saaban, tidak mencadangkan sebarang jaminan diberi kepada tertuduh.

Tertuduh yang tiada diwakili peguam pula tidak membuat sebarang rayuan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 April depan untuk tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment