Remaja maut terjatuh keretapi selepas kaki tersangkut kayu di landasan
BEAUFORT: Perjalanan seorang remaja perempuan ke daerah Tenom bertukar tragedi selepas mangsa maut selepas terjatuh daripada keretapi yang dinaikinya dalam kejadian di Batu 62, dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Isnin, mangsa yang berusia 15 tahun itu dikatakan menaiki keretapi berkenaan dalam perjalanan dari Beaufort menuju ke Tenom itu.
Mangsa ketika insiden dipercayai duduk di tepi tangga antara dua gerabak memandangkan muatan gerabak penumpang terbabit penuh dengan keadaan kedua kakinya terkeluar.
Akibat kemalangan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
"Mangsa sudah dibawa ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut.
"Laporan penuh mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.
sumber: astroawani

Setibanya di lokasi kejadian, tidak semena-mena kaki mangsa tersangkut dengan kayu berhampiran landasan sehingga menyebabkannya terjatuh dan kepalanya terhempas di permukaan batu landasan.
Akibat kemalangan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
"Mangsa sudah dibawa ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut.
"Laporan penuh mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.
sumber: astroawani
0 comments:
Post a Comment