Pusat jangan politikkan isu air Selangor: Azmin

Wednesday, March 21, 2018

Pusat jangan politikkan isu air Selangor: Azmin

Pusat jangan politikkan isu air Selangor: Azmin

AMPANG â€" Kerajaan Persekutuan digesa jangan mempolitikan isu air di Selangor dan seharusnya menjaga kepentingan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau sudah meminta kerajaan Persekutuan segera berkerjasama dengan kerajaan negeri untuk muktamadkan penstrukturan semula industri air.

“Kita lihat perkara ini sudah menjadi polemik politik, ianya tidak sihat,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan penilaian bebas hampir dua tahun lalu.

Kerajaan negeri katanya perlu mengetahui nilai sebenar ekuiti rundingan pengambilalihan konsesi Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (Splash) untuk menyegerakan rundingan dan perbincangan.

“Tetapi kita belum dapat maklumat daripada Kerajaan Persekutuan, saya harap perkara ini diselesaikan segera,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 Majlis Perbandaran Ampang Jaya, di sini, tadi.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu mengeluarkan peruntukan untuk menyediakan prasarana, walaupun ia merupakan tanggungjawab kerajaan Persekutuan.

“Kita telah bina dua loji rawatan air, kosnya hampir RM800 juta, kita tukar paip dengan peruntukan hampir setengah billion ringgit, ini usaha kita yang negeri lain tidak boleh buat,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment