Timbalan Perdana Menteri berkata, seseorang pemimpin itu boleh mendengar pendapat orang bawahannya tetapi individu itu perlu bersikap lebih baik daripada orang yang dipimpinnya supaya tidak timbul persengketaan mahupun sebarang permasalahan dalaman.
"Kita bukan nak 'class', kita bukan hendak berlagak. Kita bukan hendak jadi gangster. Kita kena buat untuk rakyat kerana ia lebih penting.
"Pemimpin ada ketikanya perlu berlembut, ada ketikanya bertoleransi dan ada sesekali perlu berkeras. Kita kekurangan 14 kerusi di Parlimen untuk mendapat dua pertiga kerana ada pemimpin-pemimpin yang terpengaruh dengan pengikut yang berpecah-pecah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Mesra Rakyat di Dataran Kerian Permai, di sini hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Datuk Abu Bakar Mat Ali; Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali.
Pada majlis tersebut, Ahmad Zahid turut mendamaikan permasalahan dalaman antara Sham dan Noor Azmi apabila kedua-duanya tampil bersalaman dan berpelukan setelah dipanggil berdiri di pentas. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment