Facebook mohon maaf di akhbar utama
PENGASAS Facebook, Mark Zuckerberg hari ini menyiarkan iklan permohonan maaf di sembilan akhbar utama Britain dan Amerika Syarikat berikutan skandal penyalahgunaan data peribadi pengguna laman sosial itu.
Iklan tersebut dipaparkan di suratkhabar terkemuka Britain seperti Mail on Sunday, The Sunday Times, The Observer dan juga the New York Times, Washington Post serta the Wall Street Journal.
"Kami mempunyai tanggungjawab untuk melindungi maklumat peribadi anda. Jika kami tidak mampu berbuat demikian maka kami tidak layak untuknya," kata Zuckerberg
Zuckerberg menjelaskan sebuah kuiz yang diusahakan seorang penyelidik universiti telah "mendedahkan data peribadi berjuta pengguna Facebook pada 2014".
Beliau turut mengulangi yang syarikat media sosial itu berjanji untuk mempertingkatkan langkah keselamatan bagi mengelak kejadian seumpama itu berlaku lagi.
"Kami sedang menyiasat setiap aplikasi yang mempunyai akses kepada jumlah data yang besar, jika terdapat sesuatu yang mencurigakan kami akan menyekatnya dan memberitahu pihak yang terjejas. - AFP
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment