Pontensi rumpai laut jadi superfood

Saturday, March 17, 2018

Pontensi rumpai laut jadi superfood

Pontensi rumpai laut jadi superfood

RUMPAI laut yang kini banyak diusahakan di persisir laut Semporna, Sabah berpotensi menjadi superfood yang boleh dipasarkan ke seluruh dunia.

Menyedari perkara ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan akan melaksanakan program-program khusus bagi meningkatkan penghasilan dan pemasaran produk itu yang mengandungi khasiat kesihatan yang tinggi.

Kementerian bersama kira-kira 1,600 pengusaha rumpai laut sedang membangunkan kawasan perusahaan rumpai laut secara estet seluas hampir 1,000 hektar setakat ini.

Selain itu, kita mesti melihat bagaimana untuk membangunkan produk hilirannya dan untuk memasarkan. Ini cabaran yang besar dan bagaimana memastikan nilai produk itu memberi pulangan setimpal kepada mereka yang mengusahakannya, katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri persidangan Dewan Rakyat pada Jumaat. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment