PM ziarah mendiang Siringan

KOTA KINABALU: Datuk Seri Najib Razak hari ini menziarah jasad mendiang Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Siringan Gubat di Wisma Fook Lu Siew di sini,
Perdana Menteri yang tiba jam 2.14 petang, berada 10 minit bagi memberi penghormatan terakhir, yang turut disertai Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dan menteri Kabinet negeri.
Sementara itu, isteri mendiang, Datin Rozelind Wong merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah kerana memberi penghormatan akhir kepada mendiang.
"Saya juga berterima kasih kepada semua pemimpin yang menziarahi jasad mendiang. Perdana Menteri menyatakan mendiang seorang yang baik," katanya.
Siringan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 68 tahun pada jam 10.57 malam tadi di sebuah hospital swasta di sini.
Jasad mendiang akan disemadikan di Kampung Kinirasan, Ranau, Sabtu ini.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment