PM ucap tahniah kepada calon cemerlang SPM 2017

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang hari ini.
Perdana Menteri, dalam satu kenyataan di Twitter rasminya, sebentar tadi, turut menasihatkan pelajar yang mendapat keputusan kurang memberangsangkan untuk tidak berputus asa.
"Hari ini keputusan #SPM2017, kepada semua pelajar yang dapat keputusan cemerlang, tahniah! Kepada yang lain jangan putus asa, kehidupan baru bermula, ada banyak peluang tersedia untuk semua," katanya.
Hari ini, seramai 443, 883 calon SPM 2017 mengambil keputusan mereka.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, dalam satu sidang media pagi ini, berkata keputusan SPM 2017 yang diumumkan hari ini, mencatatkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.90, pencapaian lebih baik berbanding 5.05 pada 2016.
Katanya, pencapaian calon di bandar dan luar bandar menunjukkan prestasi memberangsangkan iaitu GPM 4.75, berbanding 4.89 pada 2016 bagi bandar, dan 5.22 berbanding 5.36 pada 2016 bagi luar bandar.
Secara keseluruhannya, sebanyak 66 peratus menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan baik.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment