33 calon SPM dapat semua A
SHAH ALAM - Seramai 33 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2017 mendapat gred Cemerlang Tertinggi (A+) atau 'Straight A' bagi semua mata pelajaran.
Pengarah Pendidikan Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim yang membuat pengumuman keputusan tersebut pagi ini berkata, jumlah itu mencatkan peningkatan sebanyak 0.3 peratus (%) berbanding tahun sebelumnya iaitu 21 orang calon.
Menurutnya, pencapaian SPM 2017 secara keseluruhan adalah memuaskan dan menunjukkan peningkatan memberangsangkan bagi beberapa matapelajaran.
"Calon yang layak mendapat sijil adalah 57,313 orang menunjukkan peningkatan peratusan 0.18 % iaitu berbanding 55,834 calon tahun 2016.
"Manakala bilangan yang mendapat keputusan cemerlang A+, A dan A- turut menunjukkan peningkatan daripada 1,459 calon kepada 1,526 calon,"katanya.
Jelasnya, keputusan tersebut menjadikan Gred Purata Negeri (GPN) bagi peperiksaan SPM 2017 Selangor meningkat sebanyak 0.13 รข .
Dalam majlis itu, J Kashvin dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 4, Bandar Baru Bangi diumumkan sebagai pelajar cemerlang sekolah harian memperolehi 12A.
Tahun lalu, Selangor mendaftarkan 69,560 calon SPM bagi sekolah kerajaan dan seramai 68, 661 orang telah hadir menduduki kertas peperiksaan.
Calon dari sekolah swasta adalah 2,970 orang dan calon persendirian 5,076 orang.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment