Pesawat Red Arrow terhempas

Tuesday, March 20, 2018

Pesawat Red Arrow terhempas

Pesawat Red Arrow terhempas

LONDON - BRITAIN. Sebuah pesawat yang digunakan pasukan aerobatik Britain dilaporkan terhempas di pangkalan tentera, RAF Valley di utara Wales, hari ini.

Kementerian Pertahanan mengesahkan nahas itu melibatkan sebuah pesawat Hawk dan ambulan udara telah dihantar ke lokasi kejadian pada jam 1.30 petang (waktu tempatan).

Menurut saksi, dua penumpang dilihat sempat melenting keluar dari pesawat terbabit.

Sementara itu, jurucakap Tentera Udara Diraja Britain (RAF) memaklumkan mereka akan melancarkan siasatan ke atas insiden itu.

Laporan awal mendapati pesawat itu terbang dari RAF Valley di lokasi latihan untuk operasi gunung dan maritim sebelum kembali semula ke RAF Scampton, Lincolnshire apabila ia terhempas.

Difahamkan, Red Arrows adalah pasukan aerobatik terkenal di dunia melakukan pelbagai aksi udara dengan pesawat Hawk. - BBC



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment