Peniaga rugi RM125,000 rumah dimasuki penjenayah

Sunday, March 18, 2018

Peniaga rugi RM125,000 rumah dimasuki penjenayah

Peniaga rugi RM125,000 rumah dimasuki penjenayah

SEREMBAN: Seorang peniaga kerugian kira-kira RM125,000 selepas rumahnya di Taman Bukit Sri Senawang, Sungai Gadut, dipecah masuk sekumpulan pencuri, pagi ini.

Malah, pencuri terbabit turut melarikan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak identiti mereka dikesan pihak berkuasa.

Sumber polis berkata, mangsa, lelaki berusia 32 tahun hanya menyedari kediamannya dipecah masuk pada jam 6.30 pagi selepas dihubungi seorang adik lelakinya.

Katanya, mangsa yang berada di Kuala Lumpur ketika kejadian kemudian bergegas pulang dan setiba di rumah, dia mendapati pintu hadapan dipecahkan, selain jeriji tingkap di bahagian belakang dipotong.

"Pemeriksaan mendapati peti keselamatan dalam bilik dikopak dan kehilangan jam tangan mewah bernilai RM83,000 berserta mata wang asing berjumlah RM10,000," katanya.

Turut dilarikan, wang ibu mangsa berusia 60-an berjumlah RM30,000 yang disimpan dalam peti keselamatan, dua telefon pintar, komputer riba dan sebuah jam tangan bernilai RM2,500.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Senawang, di sini pada jam 8.15 pagi ini.

Sumber polis berkata, siasatan polis mendapati penjenayah memasuki kediaman antara jam 1 pagi hingga 6.30 pagi.

"Ketika kejadian, mangsa berada di Kuala Lumpur, manakala adik lelakinya meninggalkan rumah pada 12.30 tengah malam. Ibu mangsa bersama ahli keluarga yang lain pula bercuti di China," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk kediaman.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment