Pengunjung mula banjiri Festival GegaRia

Friday, March 23, 2018

Pengunjung mula banjiri Festival GegaRia

Pengunjung mula banjiri Festival GegaRia

IPOH: Festival GegaRia 2018 edisi keempat yang berlangsung di Dataran Amanjaya, Meru di sini, mula dibanjiri pengunjung sejak jam 8 pagi hari ini.

Festival anjuran Media Prima Berhad itu membuka tirainya dengan acara Zumba yang dikendalikan jurulatih kecergasan, Hanif Shawn jam 8.30 pagi dengan pembabitan lebih 500 pengunjung.

Beg istimewa dan baju-T edisi terhad Festival GegaRia turut diberikan kepada 500 pengunjung awal yang mendaftar untuk acara zumba.

Aktiviti kecergasan Zumba pagi ini adalah sebahagian daripada aktiviti menarik yang berlangsung di bawah Zon Gaya Hidup.

Antara aktiviti lain yang turut diadakan bermula jam 8 pagi hingga 11 malam ini ialah Zon Throwback Tunnel, aktiviti permainan, tutorial mekap, demonstrasi masakan dan persembahan artis.

Kemuncak program akan menyaksikan persembahan menarik artis tempatan seperti Sonaone, Noh Salleh, Kugiran Masdo dan Bunkface.

Festival GegaRia menampilkan lima zon kontena iaitu Zon Makan-Makan, Zon Throwback Tunnel, Zon Gaya Hidup, Zon Komuniti dan Zon Hiburan.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment