Burger gergasi KFC Zinger Cheezilla

Friday, March 23, 2018

Burger gergasi KFC Zinger Cheezilla

Burger gergasi KFC Zinger Cheezilla

KFC Malaysia melangkah setapak lagi ke hadapan menerusi ciptaan burger hebat terbaharu, KFC Zinger Cheezilla.

Produk unik ini dibawakan khas untuk para pelanggan dengan menjanjikan pengalaman makan yang benarâ€"benar memuaskan.

Naib Presiden Kanan KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan berkata, burger gergasi KFC Zinger Cheezilla ini menampilkan kepingan keju mozarela yang disusun bersama filet ayam Zinger Hot & Spicy kegemaran ramai dengan limpahan sos keju mayo KFC.

“Burger Zinger kami sememangnya sudah terkenal apatah lagi dalam kalangan penggemar KFC. Kini kami membawakan satu ciptaan burger yang tidak pernah diperkenalkan sebelum ini.

"Zinger Cheezilla dibawakan khas buat mereka yang menginginkan burger luar biasa dipenuhi sensasi keju dalam setiap gigitan,” katanya.

Tambahnya, di samping mengekalkan ciri utama KFC iaitu ayam goreng, KFC berinovasi dari masa ke semasa supaya dapat membawakan yang terbaik menerusi menu ditawarkan.

"Zinger Cheezilla adalah sebuah lagi inovasi burger yang amat kami nanti-nantikan. Burger ini hanya boleh didapati dalam masa terhad sahaja. Jadi, jangan lupa untuk mencubanya sebelum terlambat!” katanya.

KFC Zinger Cheezilla boleh didapati secara a la carte pada harga bermula RM13.50 selain menawarkan hidangan lengkap dengan kombo KFC Zinger Cheezilla yang dihidangkan bersama KFC Crispier Fries serta Pepsi baharu, daripada RM16.90.

KFC Zinger Cheezilla kini boleh didapatkan di setiap restoran KFC di seluruh Malaysia dan KFC Delivery.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment