Penduduk sambut baik pengumuman MB

Thursday, March 22, 2018

Penduduk sambut baik pengumuman MB

Penduduk sambut baik pengumuman MB

SUNGAI PETANI - Rata-rata penduduk di Taman Permatang Katong, Kota Kuala Muda menyambut baik pengumuman Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang mengecualikan bayaran ansuran perumahan terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mangsa Tsunami Kuala Muda Kedah, Yusoof Awang, 54, berkata, pengumuman yang dibuat secara terbuka itu melegakan penduduk yang telah lama menunggu keputusan itu diumumkan secara rasmi.

Menurutnya, sebelum ini penduduk yang juga mangsa tsunami sudah sedia maklum dengan pemansuhan bayaran namun pengesahan terbaharu membuatkan kesemuanya mampu menarik nafas lega.

“Sebelum ni kami tau tapi secara dalaman sahaja, bila dah umum depan khalayak ni kira perkara ni diputuskan secara rasmi, alhamdulillah itu yang ditunggu-tunggu,” katanya.

Sementara itu, Norishah Jaafar, 47, berkata, pengumuman itu memberi harapan terbaik kerana kesemua tiga anak lelaki dan suami hanya bekerja sebagai nelayan.

“Kalau nak suruh kami bayar memang tak mampu, bukan kata sebab RM50 tetapi kita tengok jangka masa panjang 10 tahun ke 20 tahun tempoh pinjaman yang panjang tu, memang rasa berat.

“Bila umum tak payah bayar dah, memang kami seronoklah, sebab kerja nelayan ni dapat duit tak tentu,” katanya.

Selain itu, Ahmad Ramli, 56, berkata, pemansuhan bayaran membolehkan wang ansuran digunakan untuk kegunaan lain seperti bayaran cukai pintu, bayar bil utiliti dan pembelian barangan keperluan.

“Dulu saya kerja nelayan tapi la ni saya kerja pengawal keselamatan dengan gaji rendah, kalau tak payah bayar sampai bila-bila memang syukur sangat,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment