Pembangkang tidak boleh terus pecat pegawai kerajaan

Monday, March 19, 2018

Pembangkang tidak boleh terus pecat pegawai kerajaan

Pembangkang tidak boleh terus pecat pegawai kerajaan

KUALA LUMPUR - Pembangkang tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak memecat pegawai kerajaan sedia ada jika mendapat mandat berkuasa selepas PRU14.

Pengerusi Biro Kebajikan Umno Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, negara mempunyai undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi walau sesiapa sahaja menerajui kepimpinan.

Beliau turut membidas kenyataan pembangkang untuk memecat pegawai kerajaan turut menyifatkan sikap pembangkang itu tidak lebih sebagai dendam dan juga bersifat populis bagi menarik sokongan rakyat.  “Malah kalau kita lihat kerajaan kita hari ini, mana-mana yang menyalahi peraturan perlu diambil tindakan mengikut peraturan sedia ada.

“Kita telus dan ambil tindakan yang sesuai dengan undang-undang,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Pejabat Biro Kebajikan Umno Malaysia, di sini, hari ini.

Memetik laporan sebuah portal berita kelmarin, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, gabungan parti pembangkang akan memecat kesemua pegawai kerajaan yang melindungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Shamsul yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, kenyataan pembangkang bagaimanapun tidak boleh dipercayai kerana ia bukan daripada pucuk pimpinan utama.

Sebaliknya, beliau tidak menolak ia hanyalah gimik kerana  bukan melibatkan keputusan berdasarkan persetujuan bersama dalam Pakatan Harapan.

“Ia (keputusan pecat pegawai kerajaan) bukanlah daripada pucuk pimpinan utama (Pakatan Harapan) tetapi dari mereka yang tiada pengaruh. Jadi ia tidak lebih hanya gimik sahaja yang tidak boleh dipercayai,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment