Pelbagaikan produk takaful

Friday, March 23, 2018

Pelbagaikan produk takaful

Pelbagaikan produk takaful

KUALA LUMPUR : Peserta industri dan takaful perlu mempelbagaikan strategi dalam mendekati pelanggan yang kian pelbagai, kata Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim.

Beliau berkata, ini berikutan kebanyakan maklum balas diterima mengenai takaful ialah kurang pemahaman mengenai produk termasuk pandangan kononnya ia tidak penting untuk dimiliki.

Katanya, meskipun ia menunjukkan perkembangan yang baik sejak 30 tahun lalu, namun orang ramai masih sukar membezakan antara takaful dan insurans, sekali gus menganggap ia kurang mustahak.

"Ia menyebabkan orang ramai kurang tertarik dengan produk dipromosi dan ditawarkan," katanya pada majlis makan malam pengiktirafan ejen takaful yang mencapai pencapaian kecemerlangan pada 2017, malam ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Muhammad Fikir Mohamad.

Muhammad berkata, untuk terus relevan, hal berkenaan perlu ditangani secara progresif termasuk menyediakan lebih banyak produk bersesuaian dengan kumpulan sasar.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment