Menang wang besar!

Friday, March 23, 2018

Menang wang besar!

Menang wang besar!

HOME Direct Shopping Sdn Bhd (HDS), sebuah syarikat pesanan pos yang membawa jenama Best Products telah mengumumkan tiga pemenang bertuah Kempen Promosi Ke-12 Best Products pada majlis penyampaian hadiah di Restoran Rebung Dato’ Chef Ismail, Kuala Lumpur.

Pemenang hadiah pertama, kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM150,000, RM30,000 dan RM3,999.

Turut hadir selebriti dan duta-duta Best Products iaitu Datuk Jalaludin Hassan, Raja Ema, Ramlah Ram dan Ras Adiba Radzi.

Kempen Promosi yang telah dipendekkan durasinya daripada tiga bulan kepada dua bulan tersebut telah mendapat sambutan hangat daripada para pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif HDS, Chew Mei Ling berkata, sejak pengumuman pada Oktober 2017 mengenai pemendekan tempoh kempen tersebut, sambutan sangat menggalakkan telah diterima.

"Sambutan diterima adalah seperti yang kita jangkakan dan ini merupakan kempen kedua untuk tempoh kempen berdurasi dua bulan.

"Berikutan permintaan yang begitu menggalakkan, pada l Mac lalu, pihak syarikat telah mengambil keputusan memendekkan lagi durasi kempen daripada dua bulan kepada satu bulan.

“Inisiatif pemendekan tempoh kempen ini adalah satu penghargaan buat pelanggan sekali gus meningkatkan peluang mereka untuk menjadi salah seorang pemenang kempen Best Products," katanya.

Pemenang hadiah utama, seorang Pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Mohd Dan Wakiri Sheikh Ahmad Mohd Abu Bakar, 73, berjaya bawa pulang wang tunai RM150,000.

Pemenang hadiah tambahan pertama dan tambahan kedua adalah Sulaiman Abdullah, 74, memenangi wang tunai RM30,000 dan Salmah Ismail, 59, memenangi wang tunai RM3,999.

Dalam pada itu, Mei Ling memberitahu, kempen promosikKe-13 Best Products akan berakhir pada 31 Mac ini.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment