Operasi cari mangsa jatuh laut diteruskan

Thursday, March 15, 2018

Operasi cari mangsa jatuh laut diteruskan

Operasi cari mangsa jatuh laut diteruskan

MERSING - Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) kru bot yang terjatuh ke dalam laut pagi semalam diteruskan pagi ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pangkalan Mersing, Leftenan Komander Maritim Hilmi Abdullah berkata, SAR dijalankan semalam ditangguhkan pada jam 7.30 malam.

"Hari ini Maritim Mersing menyambung kembali operasi pada jam 7 pagi.

"Setakat ini masih tiada sebarang penemuan di sektor pencarian," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Semalam, seorang kru bot nelayan kelas C dari Endau dilaporkan terjatuh dari bot ketika cuba menurunkan pukat di perairan Pulau Tinggi.

Mangsa, Muslimin Haruna, 23, dari Indonesia dipercayai tersangkut pada tali atau papan tunda dalam kejadian itu.

Maritim Pangkalan Mersing dengan kekuatan enam anggotanya bersama bot Penggalang 43 giat meneruskan operasi mencari dan menyelamat di kawasan terlibat.

Sementara itu, Pasukan Polis Marin menurunkan bot PSC47 dengan kekuatan empat anggota dan Jabatan Taman Laut Malaysia Johor dengan bot PTL21 turut membantu dalam operasi ini.

SAR turut dibantu 10 buah bot nelayan tempatan.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment