NSTP Terengganu bolot anugerah UMT
cnews.nstp.com.my
KUALA TERENGGANU: Akhbar kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) menang besar malam tadi, apabila membolot 10 kategori anugerah termasuk tiga Anugerah Khas Juri pada Malam Apresiasi Media Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 2018.
Ketua Biro NSTP, Rosli Zakaria; wartawan NSTP, Zatul Iffah Zolkiply bersama-sama wartawan sambilan Nazdy Harun dan Aslina Abu Bakar menerima tiga Anugerah Khas Juri.
Rosli menerima Anugerah Khas Juri itu atas kecemerlangannya sebagai wartawan senior; manakala Zatul Iffah dan Nazdy menerusi penulisan berita bertajuk Sumber Perikanan Pulihara Ekosistem yang disiarkan di Harian Metro, manakala Aslina menerima Anugerah Liputan Berita Terbanyak.
Wartawan NSTP, Adrian David memenangi Anugerah Penulisan Berita Pendidikan Bahasa Inggeris Terbaik menerusi artikel disiarkan di akhbar NST, sementara wartawan sambilan NSTP, Mohammad Ishak pula memenangi Anugerah Penulisan Berita Pendidikan Bahasa Melayu Terbaik menerusi artikel disiarkan di BH.
Selain itu, wartawan sambilan NSTP, Baharom Bakar dan Nurul Jannah Anam pula masing-masing memenangi Anugerah Penulisan Berita Penyelidikan Terbaik menerusi artikel disiarkan di akhbar BH.
Wartawan NSTP, Rozana Sani dan Rozita Alias pula memenangi Anugerah Penulisan Berita Penyelidikan Bahasa Inggeris Terbaik menerusi artikel disiarkan di NST.
Jurugambar NSTP, Ghazali Kori pula memenangi Anugerah Foto Terbaik.
Dengan kemenangan itu, semua mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM509 beserta sijil yang disampaikan Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar.
Sementara itu, Nor Aieni berkata, sepanjang 2017 sebanyak 794 liputan media di akhbar utama edisi timur dan nasional dengan nilai berita (PR Value) berjumlah RM16.8 juta memberi kesan langsung dalam pemerkasaan citra UMT.
"Pusat Komunikasi Korporat UMT juga kini dalam usaha menjenamakan #UMTsohor dan pihak kami berharap pihak media juga dapat memberi sokongan dan liputan berterusan supaya UMT terus tersuhur di peringkat negeri, nasional dan global.
"Malah, pada malam ini, aplikasi mudah alih UMTsohor yang boleh dimuat turun di Playstore dan Apple Store dilancarkan, yang akan memberi panduan interaktif kepada pelawat UMT.
"Selain itu, pihak kami juga dalam usaha menyebarluas berita mengenai UMT melalui platform e-Newsletter atau buletin elektronik yang boleh diakses oleh semua pelayar laman web rasmi UMT," katanya.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment