Mudahnya hafal al-Quran

Thursday, March 15, 2018

Mudahnya hafal al-Quran

Mudahnya hafal al-Quran

Maksud daripada ‘hafiz al-Quran” adalah orang yang memelihara al-Quran. Sentiasa, mengulang, baik dengan cara membaca atau mendengar. Agar al-Quran sentiasa terpelihara, disampaikan dengan mutawatir, mengelak daripada pemalsuan dan sebagainya.

Menghafal al-Quran dianggap sebagai permulaan bagi jalan para ulama. Bukanlah destinasi untuk menjadi seorang agamawan dan sebagainya, tetapi sebagai sebahagian jalan para salaf dalam menghayati, dan mentadabburi segenap kehidupan.

Menghafal al-Quran, adalah tanda-tanda orang yang diberi anugerah ilmu. Sesuai dengan firman ALLAHSWT yang bermaksud, “Sesungguhnya, Alquran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Ankabut : 49).

Seseorang yang ingin mendekatkan diri kepada kalamullah, perlu sentiasa positif dan yakin, setiap kesukaran itu akan diberi kemudahan. Perkara yang sama turut dipersetuju oleh Ustaz Ambya Abu Fathin, Master Trainer Cordoba ketika Seminar Kaedah Menghafal Al-Quran Dengan Mudah Dan Cepat, anjuran Karya Bestari.

“Semangat al-Quran ini adalah untuk semua. Siapapun, akan mampu untuk berdamping dan menghafal al-Quran selagi ada kemampuan dan kesungguhan. Inilah spirit yang cuba kami bawa, setiap lapisan usia boleh membaca, menghafal, menghayatinya dengan baik.

“Kaedah menghafal dengan mudah dan cepat ini, membuatkan seseorang itu berasa seronok dengan al-Quran. Jika kanak-kanak, mereka lebih tertumpu untuk mengulang dan menghafal. Manakala dewasa, kaedah ini membantu mereka menghafal dengan kefahaman. Usia 14 tahun ke atas memorinya adalah memori logik. Jadi, mereka hanya boleh ingat dan hafal dengan sesuatu yang mereka boleh faham,”ujar Ambya.

Jelasnya lagi, kaedah yang sama juga boleh dipraktikkan di rumah. Namun, perkara awal yang perlu diubah adalah faktor persekitaran. Roh al-Quran perlu dihidupkan, kerana ia dapat membantu seseorang itu lebih tertumpu kepada al-Quran.

“Sebelum proses menghafal, seseorang itu perlu betulkan tajwid, perbaiki bacaan, fahami, dan bantu ingat posisi ayat. Malah, ada beberapa waktu yang ditetapkan baik untuk menghafal, 1/3 malam dan waktu pagi. Proses menghafal surah dalam sehari pula adalah mengikut kemampuan masing-masing,”katanya.

Sementara itu, Abdul Rashid Baba, menyifatkan kursus ini dapat membantu peserta menghafal dan memahami al-Quran. Biarpun dalam masa yang singkat, namun kaedah yang ditunjukkan memudahkan kami untuk menghafal dengan baik.

Pengalaman yang sama turut dikongsi oleh Razali Mohd Taib, peserta dari Shah Alam.

“Selama ini saya hanya baca dan hafal begitu sahaja. Tetapi dengan teknik ini, ia memudahkan saya memahami, mentadabbur dan menghafalnya,”katanya.

Seminar dua hari pengenalan al-Quran al-Hafiz (TOT & Public) yang diadakan di Dewan Sultan Muhammad V, Kumpulan Media Karangkraf ini mendapat sambutan yang luar biasa. Peserta yang hadir dari seluruh negeri ini rata-ratanya amat berpuas hati dan merasai pengalaman baru dalam memahami kaedah hafalan al-Quran dengan cara yang sederhana serta cepat untuk semua golongan.

Tujuan preview ini dilakukan adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepada umum tentang produk al-Quran terbaharu terbitan Karya Bestari yang diberi nama al-Quran al-Hafiz.

Al-Quran ini sedikit berbeza dengan al-Quran yang sedia ada di pasaran kerana didatangkan dengan pembahagian tiga blok warna bagi setiap halaman. Turut dimuatkan tema ayat bagi membantu memudahkan hafalan. Pada masa yang sama, ia juga dilengkapi dengan motivasi-motivasi yang pelbagai bagi membantu para penghafal al-Quran agar terus bersemangat untuk meneruskan hafalan.

Bagi memastikan penghafal al-Quran menghafal dengan penuh konsisten dan teratur, jadual semakan serta muraja’ah turut disediakan bagi mengulang bacaan yang telah dihafal. Setelah semua peserta melalui perkongsian ini, dan mencuba sendiri kaedah hafalan mengikut tiga blok warna yang telah disusun ternyata kaedah ini amat berkesan. Kaedah ini bukanlah satu-satunya kaedah cepat untuk mengafal al-Quran, namun ia sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur.

Kelebihan Menghafal al-Quran.

1. Menghafal al-Quran berfaedah bagi setiap penghafal dalam urusan mereka. Firman ALLAH SWT yang bermaksud, â€œSesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala dan menambah kepada mereka dari kurnia-Nya. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” (Surah Fathir : 29-30).

2. Menghafal al-Quran merupakan tanda-tanda orang yang diberi anugerah ilmu. Sesuai dengan firman ALLAH SWT.

“Sesungguhnya, al-Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Ankabut : 49).

3. Para hafiz pun akan ditinggikan darjatnya ketika berada di syurga. Betapa baiknya manfaat al-Quran untuk para penghafalnya. Sesuai dengan sebuah hadis yang bermaksud, “Akan dikatakan kepada sahib quran, Bacalah dan naiklah serta tartilkan sebagaimana engkau mentartilkan al-Quran di dunia sesungguhnya kedudukanmu adalah di akhir ayat yang kau baca.” (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi).

4. Menjadi penghafal al-Quran tentunya sangat bermanfaat, orang lain akan menghormatinya sebagai penghafal al-Quran. Karena dengan menghormati para penghafal alquran, orang tersebut bererti telah mengagungkan ALLAH SWT. Hal ini sesuai dengan yang terdapat di dalam hadis.

Rasulullah SAW bersabda â€œDi antara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati orang Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan al-Quran tidak diamalkan serta menghormati penguasa yang adil.”  (Riwayat Abu Daud).


 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment