Maips tumpu empat projek untuk faedah rakyat

Tuesday, March 20, 2018

Maips tumpu empat projek untuk faedah rakyat

Maips tumpu empat projek untuk faedah rakyat

KANGAR - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips) memberi tumpuan bagi merealisasikan empat projek untuk rakyat selain memenuhi kehendak pemegang taruh pihak-pihak berkepentingan dalam majlis itu.

Raja Muda Perlis merangkap Yang Dipertua Maips, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah projek tersebut ialah pembinaan bangunan Wakaf Maips yang menempatkan pusat hemodialisis Hospital Tuanku Fauziah Kangar bermula akhir Mac ini.

Menurut baginda projek kedua ialah membina Kompleks Maips di Kangar, membina pusat aktiviti dakwah dalam kawasan komersial K-Park di Kangar yang sedang dirancang pembinaannya dan keempat menambah baik fizikal dalaman Unit Al-Quran Wal-Qiraat Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Tuanku Syed Faizuddin bertitah selepas berkenan menyampaikan sumbangan zakat Maips sebanyak RM1,000 kepada Sekolah Al-Quran yang dikendalikan pengurusan Masjid ton Son Bangkok Nyai di Jalan Wang Doem, Bangkok, malam tadi.

Mudir yang juga imam masjid tersebut, Datuk Ustaz Dr Fauzan Faizal menerima sumbangan itu bagi pihak sekolah di Asia Hotel, Bangkok, dalam satu majlis ringkas, malam tadi.

Sekolah tersebut mempunyai 200 pelajar iaitu 130 dewasa dan 70 kanak-kanak dari kalangan penduduk tempatan mengajar al-Quran pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Kenyataan media majlis tersebut dikeluarkan oleh Maips di sini, hari ini.

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berangkat sama.

Dalam masa sama, Tuanku Syed Faizuddin bertitah Maips akan melaksanakan transformasi pengurusan digital majlis itu dalam empat fasa dalam masa terdekat. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment