Mahfuz bukan jaminan Amanah lapang dada

Friday, March 16, 2018

Mahfuz bukan jaminan Amanah lapang dada

Mahfuz bukan jaminan Amanah lapang dada

KOTA BHARU â€" Walaupun bekas kepimpinan tertinggi Pas, Datuk Mahfuz Omar menganggotai Amanah, itu belum cukup untuk menjamin parti tersebut boleh ‘senang duduk’ menjelang PRU14 ini.

Pensyarah Kanan Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor berkata, Amanah masih mentah dan terlalu baru walaupun kini dibarisi mereka yang berpengalaman dalam dunia politik tanah air.

“Kemasukan Mahfuz di dalam Amanah bukan satu hal yang menghairankan. Beliau tergolong dalam kumpulan profesional dalam Pas, dan ramai rakan daripada golongan itu telah pun keluar dan mendirikan Amanah.

“Sedikit sebanyak tindakan Mahfuz ini akan beri kesan pada Pas juga. Mungkin akan lebih memperkukuhkan lagi Amanah, dalam konteks barisan pemimpin yang terdiri daripada orang lama dalam politik.

“Bagaimanapun, Amanah masih kekurangan ‘support base’ (sokongan akar umbi) yang membolehkan parti itu selayaknya berada satu baris dengan musuh perjuangannya itu,” katanya kepada Sinar Harian.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment