KABCK akui pasang bunting #TolakJohariGhani

Wednesday, March 28, 2018

KABCK akui pasang bunting #TolakJohariGhani

KABCK akui pasang bunting #TolakJohariGhani

KUALA LUMPUR â€" Kelab Aku Budak Chow Kit (KABCK) mengaku bertanggungjawab memasang perentang dan bunting bertulis #TolakJohariGhani sebagai tanda penolakan mereka terhadap Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Pengerusinya, Ahmad Ayob Ramli berkata, tindakan itu dibuat agar Menteri Kewangan II berkenaan sedar mengenai perkhidmatannya yang kurang baik.

Justeru Menurut Ahmad Ayob, KABCK meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggantikan Johari dengan calon lain untuk mewakili BN di Titiwangsa pada PRU14 nanti.

“Kami terpaksa mengambil tindakan menggantung perentang itu supaya Johari sedar beliau gagal memberikan perkhidmatan yang baik kepada pengundi di Titiwangsa.

“Sebenarnya banyak lagi calon lain yang lebih baik dan berkaliber di Titiwangsa selain Johari,” katanya dalam sidang media di sebuah hotel di Chow Kit, Kuala Lumpur di sini, semalam.

Sebelum ini, Ahli Umno Bahagian Titiwangsa dan gabungan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Parlimen Titiwangsa membuat laporan polis terhadap tindakan disifatkan sebagai sabotaj memburukkan imej Johari.

Mengulas perkara itu,  Ayob menyifatkan laporan polis yang dibuat lebih kepada politik mengugut dan menakut-nakutkan melalui kuasa polis.

“Kami tidak melihat tindakan menggantung perentang itu menyalahi undang-undang. Sebenarnya kami bukan melawan kerajaan. Kami juga tak memaki-hamun Johari, kami tak maki-hamun perdana menteri. Kami cuma minta perdana menteri menilai balik Johari," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi KABCK, Moham-mad Lizad Md Zain, berkata, kelab juga akan membuat kenduri kesyukuran besar-besaran sekiranya perdana menteri menamakan calon lain bagi menggantikan Johari.

“Kalau Datuk Johari tidak dicalonkan kelab kami akan buat kenduri besar-besaran, kami akan bakar kambing lima ekor. Calon yang di pilih oleh perdana menteri kami akan sokong 100 peratus, asalkan bukan Johari Ghani.

“Kami bersyukur sangat-sangatlah jika dia tak dipilih,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment