JomPay saluran pemudah cara
AMBANK Islamic Berhad (AmBank Islamic) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) jalin kerjasama untuk membolehkan JomPAY yang berfungsi sebagai saluran menyumbangkan dana kepada Dana Endowment Pendidikan UTM (UEEF).
Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Islam, Eqhwan Mokhzanee berkata, perkongsian antara AmBank Islam dan UTM menerusi JomPAY akan memberikan kemudahan dan fleksibiliti tambahan kepada sektor awam dan korporat untuk memberi sumbangan kepada UEEF.
"JomPAY membolehkan pembayaran melalui perbankan internet, perbankan mudah alih dan ATM menerusi 40 bank di Malaysia pada bila-bila masa dan di mana saja yang memberikan kemudahan, dan fleksibiliti tambahan kepada penyumbang.
"JomPAY adalah perkhidmatan pembayaran bil atas talian terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 3,000 kod bil," katanya pada majlis pelancaran kerjasama berkenaan.
Hadir sama, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur; Pengerusi UTM, Tan Sri Abdul Halim Ali; Naib Canselor, UTM, Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar; Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk รขSulaiman Mohd Tahir; dan Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif, Rangkaian Pembayaran Malaysia (PayNet), pengendali JomPAY, Peter Schiesser,
Eqhwan berkata, dengan kerjasama dengan UTM dan JomPAY pihak AmBank Islam akan memulakan pengantaraan berasaskan nilai untuk terus membantu universiti dalam mewujudkan persekitaran akademik yang bersemangat dan kondusif, melalui sumbangan disalurkan melalui JomPAY.
"Kami mendapat penghormatan untuk dipilih oleh UTM sebagai saluran pengambilan endowmen pilihan dan mempercayai bahawa JomPAY akan menjadi pemudah cara yang efisien, mudah dan berkesan untuk mengumpulkan sumbangan dana endowmen," katanya
Sementara itu, Peter Schiesser berkata, UTM Endowment bersyukur dan bangga untuk mengumumkan kerjasamanya dengan AmBank Islam untuk memupuk budaya menyumbang kepada masyarakat melalui JomPAY.
Dalam pada itu, Pengarah Endowment UTM, Dr Yusof Boon berkata, Endowment adalah komitmen UTM untuk mengumpul dana ke arah mewujudkan budaya pengetahuan yang bersemangat dan ekosistem intelektual subur di universiti.
"Usaha ini adalah sejajar dengan inisiatif Kementerian Pendidikan dan amalan institusi terkenal dalam pengumpulan dana untuk tujuan ilmu pengetahuan.
"Ia juga ditubuhkan untuk mengumpul dana untuk melaksanakan pelbagai pengetahuan dan aktiviti ilmiah sambil memberi peluang kepada masyarakat untuk menyumbang untuk menegakkan institusi pengetahuan," katanya.
Penyertaan UTM dalam JomPAY dikuasakan oleh Perbankan Transaksi Kumpulan AmBank yang menyediakan penyelesaian perbankan borong sehenti dalam pengurusan tunai, pembiayaan perdagangan dan kiriman wang.
Perkongsian AmBank Islam dan UTM dengan JomPAY telah diadakan bersempena pelancaran rasmi Azman Hashim International Business School.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment