Jom tengok bola naik MRT
KUALA LUMPUR - Peminat bola sepak khususnya penyokong-penyokong Kuala Lumpur dan Selangor digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh â" Kajang (MRT SBK) untuk berkunjung ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras bagi menyaksikan perlawanan Liga Super Malaysia yang melibatkan kedua-dua pasukan berkenaan.
Rapid KL dalam satu kenyataan memaklumkan, orang ramai hanya perlu pergi ke stesen MRT SBK terdekat dan meneruskan perjalanan ke Stesen MRT Cochrane untuk mengambil bas perantara T400 (Cochrane â" Bandar Tun Razak) dan terus ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dengan kadar tambang RM1 untuk satu perjalanan.
âBas perantara berkenaan mempunyai hentian khusus di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sekali gus menyediakan perjalanan selesa untuk para peminat tanpa perlu memandu dan mengharungi kesesakan lalu lintas serta kepayahan mencari tempat parkir kereta di stadium,â katanya.
Tambah kenyataan itu, pengguna LRT disaran ke Stesen LRT Maluri yang berhubung dengan Stesen MRT Maluri.
âBas perantara T400 akan turut singgah di Stesen MRT Maluri dalam perjalanannya ke Bandar Tun Razak. Ini adalah perjalanan rutin bas perantara T400, yang sentiasa menghubungkan Stadium Cheras dengan perkhidmatan MRT SBK,â katanya.
Bagi keselesaan para peminat bola sepak, Rapid KL akan memantapkan lagi operasi pada hari-hari perlawanan termasuk meningkatkan kekerapan bas di sebelah malam. Bagaimanapun, perjalanan bas bergantung kepada arahan pihak berkuasa di kawasan stadium.
Bagi saingan Liga Super dan Piala FA musim ini, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, yang mempunyai kapasiti 18,000 penonton, dipilih sebagai venue untuk pasukan Kuala Lumpur dan Selangor âRed Giantsâ, yang sebelum ini menggunakan Stadium Shah Alam.
Stadium Shah Alam kini menjadi gelanggang rasmi pasukan Liga Super PKNS dan kelab Liga Perdana Felcra FC untuk musim ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan bas Rapid KL, sila layari laman web www.myrapid.com.my
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment