IPD baharu RM200 juta jika BN menang
TANAH MERAH - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah bernilai RM200 juta akan dibina sekiranya Parlimen Tanah Merah dan tiga Dun di daerah ini menjadi milik BN pada PRU14 nanti.
Projek terbabit diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap dalam Karnival Himpunan Rakyat Tanah Merah, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SK) Tanah Merah 1, di sini, semalam.
Pada majlis itu juga Ahmad Zahid turut meluluskan peruntukan khas sebanyak RM10 juta bagi membiayai projek baik pulih masjid, surau, rumah ibadat dan kediaman rakyat selain bantuan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di parlimen ini serta Jeli.
Ahmad Zahid berkata, peruntukan yang diluluskan itu adalah bukti kecaknaan kerajaan BN terhadap rakyat pelbagai kaum serta penghargaan kepada penduduk di parlimen ini dan Jeli yang sentiasa memberi sokongan padu kepada BN dan Umno.
รขKerajaan sering dituduh bankrap oleh pembangkang dan ini tuduhan yang berat.
"Sebenarnya kita tidak bankrap. Peruntukan demi peruntukan diluluskan untuk pembangunan dan kebajikan rakyat ini adalah bukti bahawa kita tidak bankrap," katanya dalam majlis itu.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment