Harapan mahu MB disiasat
SEREMBAN - Pakatan Harapan Negeri Sembilan (Harapan) mengambil keputusan membuat laporan polis terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, hari ini.
Pengerusinya, Aminuddin Harun berkata, langkah itu rentetan kenyataan oleh pemimpin berkenaan yang tampak bersifat menghasut hingga boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.
âKesemua lapan bahagian dijangka bakal berbuat demikian. Antaranya di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Seremban oleh Pemuda Harapan sekitar jam 2 petang.
âSelain itu, tindakan sama di IPD Kuala Pilah kira-kira jam 10.30 pagi dan IPD Rembau lebih kurang jam 11 pagi.
âKita serahkan pada polis untuk menyiasat perkara ini secara profesional. Harap tidak ada dwistandard,â katanya pada sidang media di Restoran Hardy di Betaria Business Centre, di sini, sebentar tadi.
Sebelum ini tersebar rakaman video ucapan Mohamad yang didakwa menyeru penyokong BN agar âgempurâ, âganyangâ dan âhentamâ pembangkang untuk memastikan majoriti Parlimen Rembau bertambah.
Beliau juga dikatakan berpesan agar âterbalikkan mejaâ kedai kopi yang jadi âsarangâ memfitnah kerajaan dan sedia menjamin mereka jika ditahan polis akibat berbuat demikian.
Difahamkan Mohamad berkata sebegitu pada Majlis Pelancaran Briged Gempur Pemuda BN Rembau 2314 di Rantau Eco Park, Kuala Sawah, di sini, pada 18 Mac lalu.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment