Hadiah buat arwah ibu

Thursday, March 15, 2018

Hadiah buat arwah ibu

Hadiah buat arwah ibu

KOTA BHARU - Tidak dapat melihat sebelah mata sejak dilahirkan tidak menghalang Muhammad Azreeq Daniael Azmi, 17, menggenggam 9A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

Pencapaian pelajar Maktab Sultan Ismail itu sekali gus menobatkan dia sebagai calon paling cemerlang SPM 2017 di Kelantan bagi kategori berkeperluan khas dengan keputusan 7A+ dan 2A.

Muhammad Azreeq Daniael berkata, kejayaan dicapainya itu adalah hadiah paling bermakna buat ibunya, Allahyarham Noriah Mohamad, 52, yang meninggal dunia ketika dia berusia 12 tahun.

“Dua hari sebelum saya ambil UPSR, ibu meninggal kerana sakit darah tinggi dan dia tidak sempat tengok saya dapat 5A. Jadi (9A) ini adalah hadiah untuk arwah ibu, saya nak banggakan dia,” katanya kepada media ketika ditemui di sekolahnya, semalam.

Anak bongsu daripada enam beradik itu hanya bergantung pada mata kiri untuk melihat.

"Saya bersyukur walaupun tak nampak sebelah mata tapi diizinkan ALLAH SWT untuk berjaya.

“Memang susah masa nak jawab, sebab sebelah mata. Pedih mata. Tapi saya tetap kuatkan semangat dan berdoa supaya dapat menjawab dengan betul sebab saya mahu banggakan keluarga saya,” katanya.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment