Forklif 'makan' tuan

Friday, March 16, 2018

Forklif 'makan' tuan

Forklif 'makan' tuan

KLANG - Seorang pengurus syarikat forklift maut dihempap jentera pengangkut itu dalam kejadian di sebuah kilang di Jalan Telok Gong di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa dikenali, Wong Kok Wan, 66, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, sebelum kejadian, mangsa pergi ke sebuah kilang di Telok Gong untuk menghantar dua buah forklift untuk disewakan kepada syarikat berkenaan dengan menaiki sebuah lori.

“Setibanya di kilang itu, mangsa meletakkan lorinya di tepi jalan berdekatan longkang besar di hadapan kilang berkenaan.

“Semasa hendak menurunkan forklift daripada lori tersebut, tiba-tiba lori tersebut hilang keseimbangan akibat masalah pada sistem hidrauliknya,” katanya kepada Sinar Harian.

Shamsul Amar berkata, lori tersebut senget di bahagian kiri sebelum jentera pengangkut yang berada di atas lori berkenaan menggelongsor lalu menghempap mangsa.

Katanya, mangsa mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment