Datuk Siti Nurhaliza Selamat Timang Anak Pertama
Tahniah kami ucapkan buat Datuk Siti Nurhaliza dan juga suami kerana telah selamat menimang cahaya mata perempuan eberat 3.55 kilogram di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi, hari ini. Dalam perkembangan yang dikongsikan melalui Instagram miliknya itu, bayi dilahirkan itu secara pembedahan.
BACA: 5 Perkara Tentang Siti Nurhaliza Ramai Tak Tahu
“Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab”
“Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu. Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya,” jelas pengurus Siti, Rozi Abdul Razak, dalam kenyatannya di Instagram.
Pastinya peminat tidak sabar-sabar untuk menantikan cahaya mata pertama pasangan ini. Apa pun, semoga segala urusan Siti dan juga keluarga dipermudahkan. (rtky/s)
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment