CENTEXS sasar 10,000 pelajar

Friday, March 16, 2018

CENTEXS sasar 10,000 pelajar

CENTEXS sasar 10,000 pelajar

LAWAS - Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) mensasarkan 10,000 pelajar setahun menerusi empat cawangannya di Sarawak.

“Buat masa kini kita hanya mempunyai 1,500 pelajar di cawangan Kuching, Lundu, Lawas dan Dalat. Kita sedang membangunkan tiga kampus yang lebih lengkap untuk menampung permintaan industri,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS, Syeed Mohd Hussein.

Menurutnya, selain menawarkan kursus peringkat sijil diploma, pusat ini juga menawarkan kursus untuk penduduk setempat, khususnya ibu dan bapa mempelajari bidang masakan, jahitan, electrical, solekan, automotif dan sebagainya.

Mereka akan mengikuti kelas separuh masa dua kali sebulan.

CINTEXS adalah sebuah institusi di bawah kerajaan negeri Sarawak menerusi Yayasan Sarawak.

“Alhamdulillah esok kita akan merasmikan kampus sementara di Tawas yang akan dirasmikan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lawas," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment