BISTARI tambah PDK untuk OKU

Friday, March 16, 2018

BISTARI tambah PDK untuk OKU

BISTARI tambah PDK untuk OKU

AYER KEROH: Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI) akan menambah sekurang-kurangnya tiga pusat pemulihan dalam komuniti (PDK).

Ini berikutan peningkatan dua kali ganda jumlah orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar di negeri itu.

Yang Dipertuanya, Datin Seri Fadilah Abdullah, berkata ketika ini ada 17 PDK di Melaka sejak 2004, namun jumlah itu dilihat tidak mampu menampung pertambahan golongan berkenaan.

Katanya, beliau sudah mengadakan mesyuarat dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengenai PDK di Melaka, bulan lalu dan ia dijangka ditambah (PDK) pada masa depan.

"Lokasi pembinaan dan jumlah sebenar peningkatan golongan OKU berdaftar masih dalam peringkat perbincangan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

"Bagaimanapun, secara purata sebuah PDK dikatakan bertambah sekurang-kurangnya 50 daripada 20 orang, setakat ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung BISTARI Ke-35 yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron di Seri Bendahara, di sini, hari ini.

Fadilah yang juga isteri kepada Idris berkata, hanya satu daripada 17 PDK di Melaka, iaitu di Asahan, Jasin adalah milik persendirian, manakala baki disewa.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya merancang untuk mewujudkan biro ekonomi pertubuhan bagi menjana pendapatan.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment