Bayi mati disyaki didera

Friday, March 23, 2018

Bayi mati disyaki didera

Bayi mati disyaki didera

SERI MANJUNG - Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia awal pagi tadi ketika mendapat rawatan di Hospital Seri Manjung (HSM) dipercayai akibat didera.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu daripada pihak hospital.

Menurutnya, bayi berkenaan dihantar ke hospital oleh penjaganya pada jam 2 pagi dalam keadaan lemah.

“Pasukan perubatan cuba memberi rawatan awal namun bayi berkenaan disahkan meninggal dunia pada jam 6.45 pagi.

“Kita mengesyaki ada unsur penderaan dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment