Bantu tambah sukarelawan perpustakaan
KUANTAN - Pusat Khidmat Adun Semambu menyasarkan untuk mendaftarkan 20 sukarelawan bagi menyertai Sahabat Perpustakaan sebagai tanda sokong terhadap aktiviti diaturkan di Perpustakaan Awam Negeri Pahang (PPAP) di sini.
Atas hasrat itu, Adun Semambu, Lee Chean Chung bersama lima sukarelawan tampil mendaftar sebagai sukarelawan Sahabat Perpustakaan, semalam.
Chean Chung berkata, melalui usaha itu, beliau jangkakan lebih ramai yang akan mendaftar berdasarkan maklum balas diterima orang ramai namun ia bergantung kepada keperluan dan keputusan pihak perpustakaan.
Menurutnya, beliau sendiri memberikan komitmen untuk membantu dan bersedia melapangkan waktu menyumbang idea dan tenaga jika diperlukan.
âMungkin saya boleh menyumbang tenaga sebagai penterjemah, kongsi idea dan sebagainya selain menggunakan kapasiti sebagai Adun untuk membantu mempromosi usaha perpustakaan ini dalam membudayakan amalan membaca dan mewujudkan masyarakat berilmu,â katanya ketika ditemui selepas berkunjung PPAP di sini, semalam.
Beliau berkata, inisiatif itu diambil pihaknya itu sebagai usaha menggalakkan masyarakat terutama penduduk Kuantan memanfaatkan kemudahan itu.
âPerpustakaan bernilai RM45 juta ini perlu dimanfaatkan masyarakat di sini, jadi kita galakkan orang ramai datang untuk membaca dan sebagainya.
âKemudahan ini sewajarnya dianggap sebagai âtempat kitaâ yang perlu dimanfaatkan dan sama-sama memainkan peranan dalam memperkasakannya sebagai gedung ilmu,â katanya.
Sementara itu, beliau menyambut baik langkah PPAP yang akan menambah waktu operasi pada hari Sabtu berbanding sebelum ini hanya dibuka pada hari bekerja.
âBagaimanapun saya berharap agar perpustakaan ini turut dibuka pada hari Ahad memandangkan cuti hujung minggu kebanyakan ibu bapa berkelapangan untuk membawa anak-anak ke sini kerana waktu lain kebanyakan ibu bapa sibuk.
âSaya menerima usul daripada lebih 40 ibu bapa meminta agar ia dibuka pada Ahad dan hasrat mereka itu akan dipanjangkan kepada Pengarah PPAP,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment