Dalam dunia yang semuanya kini berada di hujung jari, berkunjung ke cawangan bank untuk melakukan urusan harian semakin tidak relevan. Bila kali terakhir anda beratur di bank semata mata untuk hantar duit ke ibu ayah di kampung kan?


AFFINBANK baru-baru ini telah merombak laman web mereka untuk menjadi lebih fresh, laju dan menepati ciri-ciri perbankan zaman moden untuk kegunaan kita semua setiap hari dan mereka namakan sebagai AffinOnline.

AffinOnline bukan sahaja boleh diakses menerusi komputer malah ia akan kelihatan sama dan lebih mesra pengguna untuk apa sahaja peranti anda gunaan sama ada telefon pintar atau tablet.


AffinOnline direka khas untuk memudahkan kerja dan urusan anda untuk mencari perkhidmatan yang relevan dengan struktur menu baru dan pengalaman pelayaran yang lebih kemas dan pintar.

Beritahu keluarga & rakan-rakan anda yang kini hidup lebih mudah dan seamless dengan laman web baru AFFINBANK. Untuk maklumat lanjut, layari laman web AFFINBANK di www.affinonline.com. Ayuh!