2 saksi pakej umrah tipu dicari

Saturday, March 17, 2018

2 saksi pakej umrah tipu dicari

2 saksi pakej umrah tipu dicari

KUANTAN: Polis mencari dua saksi penting bagi membantu siasatan kes penipuan pakej umrah didakwa mengakibatkan kerugian peneroka FELDA Lakum, Temerloh, berjumlah RM139,871 tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superitendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata saksi pertama ialah Ishak Abu Hassan, 40, yang alamat terakhirnya di Nombor 6, Taman Sena, Pokok Sena, Kedah.

Katanya, saksi kedua pula dikenali sebagai Elmirushuda Amerudin, 27, dengan alamat terakhir di Lot 433, Kilometer 29 Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor.

"Kedua-dua saksi diminta hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh bagi membantu siasatan kes penipuan pakej umrah tidak wujud oleh sebuah syarikat.

"Kita menerima 21 laporan polis oleh mangsa dari FELDA Lakum mendakwa tertipu dengan syarikat itu membabitkan kerugian keseluruhan RM139,871," katanya.

Beliau berkata, syarikat terbabit dipercayai membuat taklimat dan penerangan pakej ditawarkan di Balai Raya FELDA Lakum pada 11 Mei tahun lalu.

"Mereka didakwa menawarkan dua pakej umrah, iaitu pakej cuti sekolah dan pakej hari biasa. Ramai peneroka dipercayai terperdaya dengan tawaran diberikan.

"Setakat ini, polis sudah berjaya menahan tiga suspek yang dijangka didakwa dalam masa terdekat. Namun, kita masih memerlukan kerjasama dua saksi berkenaan untuk tampil membantu siasatan," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment