Sidang Dewan Rakyat, Dewan Negara ditangguh

Thursday, April 5, 2018

Sidang Dewan Rakyat, Dewan Negara ditangguh


Penangguhan itu diumumkan secara berasingan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada pukul 1 tengah hari diikuti oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S.A. Vigneswaran pada pukul 5.30 petang.

Dewan Rakyat sebelum ini bersidang selama 20 hari mulai 5 Mac lalu sebelum sidang Dewan Negara dijalankan secara serentak bermula 26 Mac lalu.

Sementara itu, Pandikar Amin dalam ucapan penangguhannya berkata, Pelan Transformasi Parlimen berjaya dilaksanakan serta diterima dengan baik oleh semua ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bagi membolehkan satu anjakan baharu dilaksanakan.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta semua ahli Parlimen kerana menyokong dan menjayakan segala usaha pembaharuan demi memartabatkan institusi Parlimen.

Pada masa sama, Pandikar Amin melahirkan kekecewaan berikutan sikap segelintir ahli Parlimen yang masih tidak menghormati Peraturan Mesyuarat.

“Namun, menjadi harapan saya setiap ahli Parlimen mengutamakan etika mengatasi kepentingan politik peribadi dalam keghairahan masing-masing memburu kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya.



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment