Tol percuma LATAR pada PRU-14
KUALA LUMPUR: Lebih 100,000 pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur- Kuala Selangor (Lebuhraya LATAR) bakal menikmati perjalanan tol percuma mulai jam 8 pagi hingga 5 petang pada 9 Mei ini sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Pengarah Urusan Lebuhraya LATAR , Datuk Mohamed Raffe Chekku, berkata tawaran itu bagi membantu pengguna keluar mengundi pada hari berkenaan.
"Lebuhraya LATAR adalah pintu masuk bukan saja ke bandar kecil di pantai barat Semenanjung Malaysia tetapi juga ke perbandaran lain seperti Selayang, Rawang, Shah Alam, Sungai Buloh dan banyak lagi.
"Pasukan operasi kami sentiasa bersedia memantau pergerakan lalu lintas pada hari itu. Selain itu, laluan tambah nilai 'Touch 'n Go' masih beroperasi 24 jam," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Maklumat lanjut mengenai Lebuhraya LATAR boleh didapati dengan menghubungi talian di 03-6145 1515 atau melayari www.facebook.com/latarexpressway dan www.twitter.com/Latarexpressway.
LATAR Expressway Berhad, yang dulunya dikenali sebagai Lebuhraya ssamjawa Taman Rimba Bhd (LATAR), adalah subsidiari Bina Puri Holdings Berhad (50 peratus) dan Rafulin Holdings Sdn Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Arena Irama Sdn Bhd (50 peratus). - BERNAMA
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment