GP Azerbaijan: Hamilton menang dalam kecoh

Sunday, April 29, 2018

GP Azerbaijan: Hamilton menang dalam kecoh


Di sebalik kemenangan pertama buat Mercedes dan Hamilton musim ini, kereta keselamatan terpaksa dibawa masuk beberapa kali untuk meredakan kekecohan yang berlaku.

Malah kemenangan Hamilton boleh dianggap nasib kerana dibantu oleh beberapa siri perlanggaran tersebut untuk membolehkannya memintas pelumba Ferrari, Sebastian Vettel yang sebelum itu bermula dari petak depan.

Vettel hanya berjaya menduduki tempat keempat di belakang Hamilton, rakan sepasukannya di Ferrari, Kimi Raikkonen dan pelumba Force India, Sergio Perez sekaligus hilang kedudukan pendahulu keseluruhan.

Hamilton kini mengambil alih kedudukan itu dengan memungut 70 mata daripada lima perlumbaan diikuti Vettel dengan 66 mata.

Juara bertahan GP Azerbaijan, Daniel Ricciardo dari pasukan Red Bull antara yang terbabit kemalangan hari ini selepas melanggar belakang rakan sepasukannya, Max Verstappen pada pusingan ke-40.

Ini menyebabkan kedua-duanya gagal meneruskan perlumbaan. Ricciardo juga merupakan juara GP China dua minggu lalu. - Reuters



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment