PAP pilih tak buat kecoh

Sunday, April 29, 2018

PAP pilih tak buat kecoh

PAP pilih tak buat kecoh

SEREMBAN â€" Kegagalan seorang calon Parti Alternatif Rakyat (PAP) untuk menghantar borang penamaan calon kelmarin sedikit pun tidak mematahkan semangat parti itu untuk kekal bertanding di kerusi Parlimen Rasah dan lima kerusi Dun.

S. Vijaiyan yang sebelum ini diumumkan bertanding di kerusi Dun Temiang,  gagal untuk menyerahkan borangnya disebabkan penyokong dan pencadangnya tidak didaftarkan sebagai pengundi di kawasan Dun berkenaan.

Pengerusi PAP Negeri Sembilan, David Dass Aseerpatham ketika dihubungi Sinar Harian mengakui kecewa dan akan menyiasat perkara itu bagi mengenal pasti masalah sebenar.

“Tapi kita tidaklah nak buat kecoh seperti yang berlaku pada calon lain. Cuma apa yang saya boleh beritahu, yang kita akan siasat sebab saya difahamkan sebelum ini calon kita dah buat semakan status penyokong dan pencadangnya.

“Lagipun kita bukanlah tak faham prosedur dan peraturan ditetapkan. Tapi tak perlulah nak diperbesarkan isu ini, jika ada bukti baru kita fikirkan tindakan yang boleh diambil,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sementara itu ditanya berkenaan misi utama yang dilakukan bagi memenangi hati pengundi, David Dass yang bertanding di Parlimen Rasah dan Dun Labu berkata, seperti parti lain mereka akan mengadakan aktiviti turun padang mendekati pengundi sambil mengedarkan risalah dan mengadakan ceramah.

Mengakui yang mereka adalah sebuah parti kecil berbanding yang lain, namun David Dass yang merupakan serpihan DAP yakin mampu memberi saingan kepada parti lain.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment