Parti selain BN, pakatan pembangkang adalah pengacau
PELABUHAN KLANG: Parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selain Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang disifatkan sebagai pengacau undi.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hanya BN dan pakatan pembangkang saja yang serius bertanding dalam PRU-14.
"Dalam kertas undi mudah saja, ada dua parti yang serius sebenarnya..satu BN. Satu lagi Pakatan Harapan (pakatan pembangkang), guna lambang PKR, logo mata.
"Kalau ada yang lain masuk jangan bimbang, itu pengacau saja. Dia nak kacau saja... mana boleh? Cukuplah.
"Kuasa dalam tangan kita. Kita nak pilih bukan kerana dia kawan... bukan kerana dia sahabat kita dulu, tidak. Kita hendak pilih sebab wakil dan parti itu boleh bentuk kerajaan. Betul atau tidak?" katanya.
Mohamed Azmin berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Umum di Kampung Telok Gong, di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang malam tadi.
Turut hadir calon Parlimen Klang, Charles Santiago dan calon DUN Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri.
Mohamed Azmin berkata, parti selain dari BN atau pakatan pembangkang tidak perlu bertanding jika tidak mampu membentuk kerajaan.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment