Trong bakal berkembang lebih baik
BUKIT GANTANG - Bagi mengekalkan kubu BN di Dun Trong, pelbagai agenda baharu akan di bawa calon, Jamilah Zakaria khususnya kepada pengundi.
Menurutnya, tumpuan akan turut diberikan kepada pelaksanaan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat.
“Saya akan pastikan bahawa projek berkenaan dapat memberi manfaat kepada dan berupaya memacu pembangunan di Dun Trong,†katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, Jamilah berkata, Dun Trong juga akan dijadikan sebagai kawasan pengumpulan hasil pertanian.
“Ia merangkumi mewujudkan pusat pengumpulan dan penjualan hasil bagi memudahkan pemasaran sekali gus dapat meningkatkan ekonomi setempat,†katanya.
Jamilah berkata, tumpuan juga akan diberikan kepada usaha membantu membangunkan sosio ekonomi di Dun Trong.
“Melalui kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan, saya yakin kawasan Trong akan terus berkembang pesat terutama dalam bidang pertanian,†katanya.
sumber:
0 comments:
Post a Comment