'Semoga tiada lagi tuduhan tak berasas' - Liow

Sunday, April 29, 2018

'Semoga tiada lagi tuduhan tak berasas' - Liow



PRESIDEN MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bersyukur apabila ahli DAP, Wong Tack meminta maaf kepada beliau atas tuduhan menipu kad pengenalan menerusi video yang dikongsi di laman Facebook (FB).

Perkara itu dikongsi di status FB miliknya semalam.

“Saya gembira dan bersyukur Wong Tack meminta maaf. Semoga tidak ada lagi tuduhan tidak berasas yang datang dengan cara begini,” tulisnya di status berkenaan.

Semalam Wong memuat naik video di FB miliknya yang dikatakan dirakam oleh penyokong HARAPAN di luar pusat penamaan calon bagi kerusi Bentong.

Menerusi rakaman video itu terdengar kata-kata laungan suara 'Liow Tiong Lai', ‘tunjuk IC’ dan 'penipu'.

Gambaran itu menyebabkan salah erti oleh pengguna media sosial yang menyangka Liow hadir tidak membawa kad pengenalan diri (IC) ke pusat penamaan calon.

Berikutan kejadian itu, setiausaha akhbar Liow, Lim Chau Leng membuat laporan polis semalam.

Dalam pada itu, Wong Tack meminta maaf kepada Liow kerana menyebabkan salah faham mengenai kad pengenalannya menerusi video di FB itu.

Wong, yang terbabit dalam pertandingan tiga penjuru dengan pengerusi Club Supporting Liow dan N Balasubramaniam di kerusi Parlimen Bentong berkata, bukan hasratnya untuk mewujudkan ‘berita palsu’ itu.

Namun, calon DAP itu mendakwa salinan fizikal dokumen yang diperlukan mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Wong menjelaskan, video berkenaan sebenarnya merujuk kepada kad pengenalan Datuk Lau Hoi Keong, calon Gerakan untuk kerusi DUN Ketari.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment