Baru-baru ini pastinya ramai dapat melihat bagaimana gagahnya Zul Ariffin mendukung Elizabeth Tan namun dalam masa yang sama, Zul berkongsikan sesuatu bersama peminat di ruangan Insta Stories baru-baru ini.

BACA: Zul Ariffin Kongsi Gambar Lucah Di Instagram?



A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtsm) on



Menurut laporan mStar Online, Zul melalui Instagram Stories berkata, dia berkemungkinan perlu berjumpa dengan kiropraktik dua kali dalam seminggu akibat mendukung penyanyi dan pelakon wanita itu.

“Terima kasih Lizzie jadi penyeri di set #misteridilaila dan kerana dukung you, temu janji I dengan chiropractor dah jadi dua kali seminggu. Sweet’kan?,” tulisnya di laman sosial berkenaan.

Melalui filem berpelukan sambil mendukung itu juga ada peminat yang angau dan menyarankan bahawa pasangan ini bercinta dan tidak kurang juga yang menyatakan rasa kurang senang dengan babak yang dikongsikan mereka itu. (rtky/s)