Tuah Anak Lonjak Nama Imam Muda Asyraf
Program Imam Muda yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen berbayar Astro Oasis membuatkan pemilik nama Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan atau lebih popular dengan gelaran Imam Muda Asyraf dikenali ramai.
Baru-baru ini Imam Muda Asyraf baru sahaja menimang cahaya mata ketiga hasil perkahwinan bersama pasangannya Nur Husna Yusof.
Kehadiran puteri pertama yang diberi nama Setiaku Aisyah ini bagaikan membawa tuah buat Imam Muda Asyraf dalam bidang kerjayanya.
Bukan sahaja terkenal dalam bidang keagamaan, Imam Muda Asyraf juga turut menjadi duta produk kesihatan yang terkenal dengan tagline ‘Lebih Kuat, Lebih Cergas, Lebih Beramal’ iaitu Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas.
Imam Muda Asyraf juga meneruskan siri dakwah beliau menerusi program bual bicara mengenai pelbagai isu melalui laman Facebook Seraimas HQ.
Program bual bicara yang berlangsung tiga kali dalam sebulan ini mengupas topik-topik semasa tentang kekeluargaan dan pentingnya kesihatan.
Jus Hidayah Gold yang terkenal dengan khasiatnya tersendiri disamping memberi tenaga dan mencegah dari pelbagai penyakit.
Di sini kami kongsikan dengan anda antara khasiat Jus Hidayah Gold yang boleh membuatkan ibu bapa anda kelihatan cergas setiap hari.
Membantu Meningkatkan Tahap Kesihatan
Dengan kandungan herba campur dan buah-buah seperti kurma yang terdapat dalam Jus Hidayah Gold ini mampu meningkatkan tahap kecergasan seseorang individu.
Mana tidaknya, buah kurma yang tinggi dengan kandungan potassium, serat dan mangan berupaya memelihara sistem saraf dan jantung kita secara dalaman.
Membantu Mengawal Tekanan Darah
Bukan sahaja boleh diamalkan oleh golongan warga emas, golongan dewasa juga boleh mengamalkan jus yang penuh dengan khasiat buah tiin ini kerana dipercayai mampu merawat tekanan darah dalam tubuh badan seseorang individu.
Membantu Mengurangankan Penyakit
Sebanyak 23 herba campuran yang terdapat dalam Jus Hidayah Gold ini sedikit sebanyak membantu mengurang serangan penyakit.
Misalnya bahan masakan seperti kunyit yang terdapat dalam jus ini berupaya membantu melancarkan proses pencernaan serta menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit.
Hanya dengan dua sudu sahaja ibu bapa anda boleh mendapat pelbagai khasiat yang disalurkan oleh jus mesra ramai ini. Tidak hanya merawat luaran tubuh badan Jus Hidayah Gold juga mampu merawat sistem dalaman seseorang individu.
Selain jus ini boleh didapati di toko-toko jamu yang berdaftar, anda juga boleh membeli secara online menerusi laman Seraimas sendiri dan pastinya akan selamat tiba di sisi orang tersayang.
Senang bukan untuk memiliki Jus Hidayah Gold ini? Rugi sekiranya sebagai seorang anak anda tidak dapat menghadiahkan jus yang kaya dengan buah-buahan ini buat kedua ibu bapa anda.
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment