Netflix siar drama anti dadah Duterte

Thursday, April 5, 2018

Netflix siar drama anti dadah Duterte

Netflix siar drama anti dadah Duterte

MANILA - FILIPINA. Kempen anti dadah anjuran Presiden Rodrigo Duterte bakal mendapat promosi terbaharu apabila ia ditayangkan dalam siri drama Netflix di bawah arahan pengarah terkenal Brillante Mendoza.

Mendoza yang memenangi anugerah Pengarah Terbaik pada Festival Filem Cannes 2009 menerusi filem Kinatay (Butchered) berkata kempen tersebut diterjemahkan dalam bentuk drama sebagai tanda sokongannya terhadap usaha Duterte memerangi najis dadah.

Drama berjudul ‘Amo’ yang bermaksud ‘tuan’ dalam bahasa Filipina itu bakal ditayangkan 9 April, ia berkisar tentang pelajar sekolah tinggi yang terlibat dalam kancah dadah dan akhirnya terperangkap dalam dunia yang dikuasai taikun dadah kejam dan pegawai berkuasa yang korup.

Menurut Mendoza drama tersebut memaparkan sisi gelap kehidupan di Filipina dan penonton dapat melihat senario itu melalui pandangan mangsa dan pemangsa. - AFP



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment